"I typed my life because I don't want to forget each moment. I'm Nurul Hidayah, 20. Muslimah. Malaysian
They don't even know that somehow words can be more hurt than bullets."

Tuesday, October 29, 2013

KAU PENCURI CAHAYA BULAN

P/S: Credits to #seratusmulut. Puisi yang aku buat untuk Seratus Mulut.

KAU PENCURI CAHAYA BULAN

Dulu aku lihat bulan itu terang,
Namun semakin kau menjauh,
Semakin malap cahayanya--
Mungkin kau pergi membawa cahaya itu bersama,
Kerana sewaktu kau melangkah pergi,
Aku hilang cahaya di kala malamku.
Namun,
Masih aku perhati bulan itu,
Tanpa aku mengerlipkan mataku,
Walau cahayanya semakin pudar.
Kerana bulan itu satu kepastian,
Kepastian buat aku untuk tahu kau masih lagi tersenyum melihat bulan yang sama,
Mungkin bukan aku yang berada di dalam ingatan kau saat itu,
Aku tak kisah---
Wahai sang bulan,
Pergilah kau, pergi bersama dia,
Berikan dia cahaya yang paling terang,
Cahaya yang dapat sentiasa menyinari senyuman manis itu,
Agar setiap kali aku lihat bulan,
Aku dapat lihat wajah dan senyum itu walau dia jauh dan bukan milik aku lagi.

Amatur,
Mawar