P/S: Credits to #seratusmulut. Puisi yang aku buat untuk Seratus Mulut.
KAU PENCURI CAHAYA BULAN
Dulu aku lihat
bulan itu terang,
Namun semakin
kau menjauh,
Semakin malap
cahayanya--
Mungkin kau
pergi membawa cahaya itu bersama,
Kerana sewaktu
kau melangkah pergi,
Aku hilang
cahaya di kala malamku.
Namun,
Masih aku perhati
bulan itu,
Tanpa aku
mengerlipkan mataku,
Walau cahayanya
semakin pudar.
Kerana bulan itu
satu kepastian,
Kepastian buat
aku untuk tahu kau masih lagi tersenyum melihat bulan yang sama,
Mungkin bukan
aku yang berada di dalam ingatan kau saat itu,
Aku tak kisah---
Wahai sang
bulan,
Pergilah kau,
pergi bersama dia,
Berikan dia
cahaya yang paling terang,
Cahaya yang
dapat sentiasa menyinari senyuman manis itu,
Agar setiap kali
aku lihat bulan,
Aku dapat lihat wajah dan
senyum itu walau dia jauh dan bukan milik aku lagi.
Amatur,
Mawar